1.1.SEPINTAS LALU TENTANG BANGSAWAN
Bangsawan dikatakan hasil akulturasi
daripada India yang datang ke Tanah Melayu pada tahun 1870an. Menurut Rahmah
Bujang, teater Bangsawan memperlihatkan kesempurnaan. Bangsawan mengutamakan
persembahan sebuah cerita lengkap yang disampaikan dengan adunan muzik, tarian,
lakonan, nyanyian, dan sokongan latar hias dalam bentuk tirai, set, prop, dan
sebagainya. Persembahan Bangsawan dapat dirumuskan sebagai seni persembahan
teater yang bernilai dramatik yang dipengaruhi beberapa faktor. Faktor dalaman
merupakan elemen dalam persembahan seperti pemilihan jalan cerita, lakonan
pemain, olahan pentas, dan iringan muzik orkestranya. Manakala, faktor luaran
seperti komunikasi dan interaksi Antara pelakon dengan penonton. Teater Bangsawan
mempunyai nilai estetika yang tertentu , yang dapat dapat menyampaikan satu
kesan kenikmatan yang istimewa dan mengandungi nilai yang tertentu.
1.1.1.
Kronologi teater Bangsawan
i.
Tahun 1870 – 1884
Pengenalan
drama India ke Tanah Melayu setelah merosotnya kumpulan wayang berbahasa Hindi
di Pulau Pinang. Hartawan daripada Pulau Pinang membentuk kumpulan wayang
sendiri “Pushi Indera Bangsawan of Penang” iaitu Mohammad Pusi.
ii.
Tahun 1885 – 1902
Bangsawan
mula tumbuh di Tanah Melayu. Banyak kumpulan telah dibentuk membawa kepada era
pertunjukan Bangsawan yang popular di Malaysia hingga ke Indonesia.
iii.
Tahun 1902 – 1935
Zaman
kecemerlangan Bangsawan yang mana memperlihatkan pengaruh drama William
Shakespeare. Perkataan ‘Opera’ diperkenalkan.
iv.
Tahun 1936 – 1945
Bangsawan
mula mengalami kemerosotan kerana persaingan daripada industri perfileman.
Perang Dunia Kedua dan zaman darurat juga turu menenggelamkan industri Bangsawan.
Namun, Bangsawan terus hidup atas galakan daripada
Kementerian Kebudayaan, Kesenian, dan Pelancongan.
\
1.1.2. Elemen dalam teater Bangsawan.
a.
Watak
Watak
adalah manusia atau orang yang memainkan peranan ( pelakon ) dan melaksanakan
aksi plot. Bangsawan akan dimulai dengan pembukaan yang memperkenalkan watak –
watak, membayangkan peristiwa dan memastikan waktu kejadian. Kejayaan watak
dalam drama adalah apabila aksi sesuatu lakonan dapat menghidupkan peranan
mereka di atas pentas serta meyakinkan penonton terhadap lontaran emosi dan
aksi yang pelakon lakukan.
Selalunya dalam sesebuah teater terdapat satu watak utama, tetapi
pada saya sesebuah teater mempunyai dua watak utama, iaitu watak protagonis
(watak yang menyokong idea penulis) dan watak antagonis (watak yang menentang
idea penulis). Pertentangan idea ini akan menimbulkan konflik dan pertentangan
konflik inilah yang membentuk struktur konflik dramatik yang menarik. Watak di
dalam Bangsawan juga dikenali sebagai stock-type
character. Watak terbahagi kepada empat kategori utama iaitu watak wira
atau wirawati, watak jahat, pelawak atau badut, dan watak sampingan atau
pembantu seperti dayang dan hulubalang. Watak wira atau wirawati juga dipanggil
seri panggung atau orang muda selaku watak utama.
b.
Adegan selingan atau extra turns
Lakonan yang berlangsung di atas pentas akan diselang selikan
dengan acara sampingan di antara babak dan adegan. Selingan menjadikan teater Bangsawan
lebih menarik dan unik. Selingan juga dapat memberi ruang kepada menonton untuk
mencari keselesaan di samping watak pada babak seterusnya membuat persediaan,
krew pentas menukar prop, kostum, tirai, dan sebagainya.
Taukeh panggung lazimnya yang akan
mengambil alih pentas pada sesi selingan ini. Babak selingan boleh juga terdapat
dalam bentuk nyanyian, tarian perlawanan silat dan keris dan lawak jenaka. Lagu
nasib atau lagu tarik digayakan untuk sikuen suka dan duka juga digunakan
sebagai selingan . Terdapat juga selingan yang menjadi sebahagian daripada
cerita atau subplot.
c.
Cerita atau Repertoire
Cerita
atau repertoire bertujuan untuk menyampaikan tema atau pemikiran sesuatu cerita
atau peristiwa. Pemikiran yang tersembunyi hanya dapat ditafsir oleh pembaca
atau penonton yang mahu berfikir atau memahami perlambangan yang digunakan atau
unsur cerita yang disampaikan oleh penulis dinamakan sebagai sub-teks. Sesuatu
drama mungkin mempunyai lebih daripada satu tema atau juga tema tersebut tidak
boleh dirumuskan. Tema cerita yang agak serius boleh dimasukkan unsur lucu,
farsa, atau melodrama.
Bangsawan mempunyai repertoire cerita yang khusus
dengan mengutamakan kisah raja – raja zaman silam, Bangsawan atau pari – pari,
sama ada dari dunia atau kayangan. Bangsawan juga meliputi cerita pengembaraan,
dugaan, dan kesengsaraan yang dramatik. Selain itu, teater Bangsawan juga
memasukkan unsur silat dan tarian sebagai aksi yang lazim. Cerita dalam Bangsawan
mengandungi nilai – nilai yang boleh difahami dan diterima oleh penonton.
Persoalan yang dibentangkan tidak terlalu
dipermudahkan dengan mengutamakan elemen Poetic Justice iaitu menekankan sebab
dan akibat, ganjaran dan hukuman dalam cerita. Cerita Bangsawan bersifat
riwayat yang panjang. Peristiwa dikembangkan hingga mencapai konflik dan
klimaks atau kemuncaknya. Kemudiannya, diakhiri dengan penyelesaian pada
konflik dan keseluruhan jalan cerita.
d. Bahasa
dan skrip
Dialog
atau skrip yang dituturkan merangkumi
intonasi, imej, penekanan suara, artikulasi dan bentuk penuturan sama
ada bahasa yang digunakan oleh sesuatu watak itu puitis, jenaka, percakapan
harian , mahupun menggunakan loghat atau slanga daerah tertentu. Bangsawan secara
tradisinya tidak menggunakan skrip. Pelakon Bangsawan menokok tambah secara
spontan atau membaiki dialog sambil berlatih atau berlakon dengan berpandukan
kepada satu ringkasan cerita. Kepanjangan Bangsawan pada sesebuah pertunjukan
bergantung kepada sambutan penonton. Dialog impromptu
boleh dibina secara ad lib.
Bangsawan lazimnya menggunakan
bahasa romantisme formal dan mengandungi idiom atau gaya bahasa berirama dengan
gabungan dialog berpuisi atau bersahaja. Bahasa juga berasaskan dialog yang
berbunga – bunga dan berkias. Bahasa juga sebagai medium bagi memperlihatkan
perbezaan watak sama ada watak golongan diraja, rakyat, atau bukan manusia.
e. Spektakular
atau Kekaguman
Kekaguman merangkumi aspek visual yang terdapat dalam
drama itu selain daripada apa yang diserlahkan melalui dialog atau aksi atau
arahan pentas yang ditulis. Spektakular dilaksanakan melalui set, perhiasan
pentas dan latar, prop, pelakon, kostum, koreografi, pencahayaan, atau dalam
perkatan Perancis disebut sebagai mise-en-scene.
Mise-en-scene merujuk kepada
keseluruhan interpretasi dan produksi teater dan bagaimana kesemua ini
dilaksanakan di atas pentas untuk menghantar emosi, psikologi, dan aliran
penonton. Kekaguman juga dapat menonjolkan kesan tasmat iaitu suatu kesan khas
yang membolehkan keajaiban yang dicipta di atas pentas kelihatan benar – benar
wujud. Spektakular dapat dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti bunyi
latar, pencahayaan, iringan muzik dan lagu, kostum dan aksesori, tatarias dan
mekap, gubahan set dan prop, tirai, dan sebing.
·
Muzik
Muzik
dapat dikesan bukan hanya melalui alat muzik, juga melalui rima bunyi, cara
bunyi – bunyian diorkestrasikan untuk menjadikan bunyian drama itu dipaparkan
menjadi jeritan, tangisan, hentakan, bunyi percakapan, dan bunyi hujan. Muzik
juga digunakan sebagai isyarat kepada pelakon bagi aksi keluar atau masuk
pentas, atau isyarat kepada penonton bagi kesan dramatik, misalnya watak jatuh
pengsan, terperanjat, berduka mahupun bersedih.
Muzik dalam Bangsawan diselaraskan mengikut
jalan cerita sama ada muzik Melayu asli atau barat. alat – alat muzik juga
dipengaruhi oleh jalan cerita, misalnya Melayu asli menggunakan seruling,
kompang, dan gendang, manakala barat menggunakan klarinet, piano, dan saksofon.
·
Tirai dan sebing
Bangsawan
menggunakan tiga hingga tujuh tirai atau lebih bagi menunjukkan latar tempat
dan masa seperti tirai hutan, rumah, istana, gua, taman bunga, kampung dan
jalan kampung, tirai agung dan tirai extra
turns. Tirai amat penting bagi menunjukkan pertukaran antara babak atau
adegan.
Sebing atau side wing iaitu pemidang pipih pula diletakkan di bahagian tepi
kiri dan kanan pentas. Kegunaan sebing sangat penting dalam Bangsawan
sehinggakan menjadi simbol kepada teater Bangsawan.
·
Seni Gerak ( stylized )
Bangsawan
mempunyai gaya lakon yang sesuai dengan pemilihan repertoire. Gaya keseluruhan
persembahan Bangsawan sangat bergaya iaitu penggayaan gerak geri dan unsur
pandangan yang hebta, umpamanya gerak geri suka dilebihkan sementara kostum dan
set tirai serta set prop dilukis dengan indah.
カジノ シークレット カジノ シークレット 온라인카지노 온라인카지노 ラッキーニッキー ラッキーニッキー 1xbet 1xbet leovegas leovegas クイーンカジノ クイーンカジノ 1xbet korean 1xbet korean 12bet 12bet 726
ReplyDelete